Gelap itu hatiku

Suram malam disulami dingin 
Aku keseorangan menunggu pagi 
Dalam gelap menahan angin 
Yang dalam hati mahu dihalau pergi 

Rasa ini diragut lagi 
Walau cuma tinggal sisa 
Luka lama beralih sisi 
Terasa dihimpit terbenam seksa 

Mungkin telah tiba pengakhiran 
Di manakah permulaan, tidak ku ketahui 
Legap haluan di manakah jalan? 
Ku meraba melangkah 
Dan masih terus mencari...

Comments

Popular posts from this blog

In Your Life...

Risk

Does It Hurt?