Perasaan Ini...
Ketika ini kurasakan kosong. Jiwa hambar. Namun fikiranku bercelaru. Perasaan yang dulunya seperti ombak dilaut yang gah memecah pantai, kini seperti air di kolah yang tak berpenghuni. Tiada arus, tiada kehidupan, tiada harapan. Warna sahaja sudah menunjukkan tiada lagi kemungkinan yang menceriakan. Berikan harapan baru, namun jika airnya masih sama ianya tak mungkin berubah.
Setiap orang menginginkan kebahagiaan. Tapi yang pasti, ianya tidak akan lahir jika hanya satu pihak yang bertindak. Jika dahulu tutur kata yang sopan dan gurauan senda menjadi hidangan. Kini ianya telah diganti dengan herdikkan dan sindiran yang menyakitkan. Tingkah laku yang berbaur kebencian menjadi santapan yang terlalu perit untuk ditelan.
Ternyata kau lebih bersedia untuk memulakan kehidupan baru. Bahkan kau telah ada pengganti yang lebih baik. Tinggal aku yang masih tertanya kenapa aku diperlakukan sedemikian. Tingkah lakumu begitu hodoh dimata orang bahkan telah memaku sebak dan sakit hati.
Hatiku luluh tatkala menyedari aku rela kepalaku dipijak. Ku begitu tulus rendahkan martabatku agar kau rasa ku amat menghargaimu. Ku ikhlas... ingin menjadi kawan mu. Tetapi balasan yang ku dapat tidak seperti yang diharapkan. Bukan juga ku meminta balasan tetapi cukup sekadar diriku merasa yang ku dihargai atau pernah dihargai. Cukup sekadar jika ku rasakannya. Cukup...
Rasa hormat perlu dicari tapi bukan dengan menagih, tetapi setiap insan perlu sedar siapa dirinya sendiri. Setiap insan tak boleh leka untuk menyedari yang dirinya juga perlu dihormati. Lantaran itu, dirinya perlu menunjukkan dia layak untuk menerima penghormatan.
Jangan pergunakan agama sebagai pagar untuk orang tidak berprasangka buruk terhadap mu. Ternyata kau sendiri memperluaskan gerbang untuk masih berada di jalan yang sama. Kau hiasilah jalan itu, tetapi landasan itu masih disitu, masih dijalan buntu.