Aku bukan Kau

Hatimu keras 
Yang lembut adalah aku 

Dirimu bahagia 
Yang berduka adalah aku 

Bibirmu mengukir senyum 
Yang menangis hiba adalah aku 

Kenapa tidak setitik yang ku rasa, 
Ku lihat pada wajahmu 
Tidak terolah dengan perilakumu 
Tidak dikata oleh tuturmu 

Aku menyalahkan diriku 
Bukan kerana kesalahanku 
Tetapi... 
Kerana tidak melepaskanmu 

Mungkin sudah sampai masa 
Untuk ku fikir tentang diriku sendiri 
Tanpa hatimu 
Tanpa sentuhanmu 
Tanpa wajahmu 
Tanpa senyummu 
Tanpa tawamu 
Tanpa suaramu 


Segalanya...tanpa dirimu...

Comments

Popular posts from this blog

Risk

In Your Life...

Show You Care