aku rindu kamu...
Sesungguhnya aku rindu kamu
Rindunya aku…
Rindu pada usikanmu…
Rindu pada gurau sendamu…
Rindu pada tanya khabar darimu tentang diriku…
Rindu pada suaramu yang mampu mengusik jiwaku…
Sesungguhnya aku rindu kamu
Rindu pada wajahmu yang membuatkan aku tertanya- tanya…
Kenapa dirimu kelihatan murung…
Sukar sekali untuk mengukir senyuman…
Seperti menyimpan 1001 rahsia dihati…
Seperti di bebani masalah yang berat untuk dipikul…
Ingin sahaja aku menjadi pendengar setia pada setiap masalahmu itu…
Tapi sudi kah dikau berkongsi duka dengan diri ku?
Sesungguhnya aku rindu kamu
Rindu untuk mengusikmu…
Sekali buat dirimu merajuk buat aku tersenyum…
Lembutnya jiwamu sayang…
Tahu lah kamu bahawa diriku inginkan perhatian yang penuh…
Ingin di manja selalu…
Sesungguhnya aku rindu kamu
Tapi kini kau cuba menjauhkan dirimu dariku…
Aku tahu aku puncanya..
Memang diri ini ada melakukan salah padamu, ampun maaf dipinta…
Sememangnya tak terniat di hati untuk menyakitimu…
Sesungguhnya aku terasa kehilanganmu…
Sedangkan hati ini baru ada bunga-bunga ceria
Dengan kehadiranmu yang tak disangka…
Sesungguhnya aku amat merindui dirimu…
Comments
Post a Comment
♥ Thank you for your love. I'll get back to all of your blogs during the weekend. I promise. ♥