si panji surga
bismillah,
terduduk di sini memeluk diri
menatap hingga mata terlelap
meratap hingga senja kian gelap
gian semakin nian menjadi lalu
dan akhir waktu hanya tertinggal aku.
dalam gelap dalam lelap
mimpi itu datang lagi
meneduhi diri sepanjang hari
duduk di sisi bak seru illahi
mengubat luka yang tak kenal erti henti.
aman. damai. selesa tatkala dirasa.
aku disapa ditanya dia,
kenapa luka ini masih mengalir?
kenapa tak dicuba ubati sendiri?
kenapa luka ini tak kunjung kebah?
dengan senyum aku berkata,
luka ini aku simpan tuk kamu.
agar sentiasa ada tuk kamu ubati.
agar sentiasa kamu datang lagi.
dia tersenyum duduk di sisi
mengimbau hari hari dulu
dulu yang tiada suara dari aku
umpama si sugul yang duduk bak tunggul
mungkin kini sudah berbeda
walau pada aku ianya sama
cuma serasanya aku, dia gembira.
kini aku sedari masa sudah tiba
masa tuk menyapa, menyapa siapa dia
yang datang bila saat gelap saat lelap
kini masa tuk mengenali dia yang berbudi
masa tuk luka ini dihenti
masa tuk henti berhutang budi
masa tuk aku pergi
pergi tak mahu kembali
agar terhenti menyusah memberi resah
lalu aku menyapa menanya,
siapa gerangan kamu yang tak lelah mengunjung?
siapa kamu wahai pengubat tanpa jemu?
kenapa perlu dipedulikan aku hingga kini?
kini dia tertawa manis dan berkata,
aku di sini di sisi bila kamu perlu
aku ke sini ke sisi bila kamu rindu
aku akan tetap meneduh
akan terus mengubati
akan terus memerhati
meneman kehujung hari kamu berteman
meneman kamu bila tak berteman
aku dan kamu sebenarnya satu
si panji surga
si hati..
bersaat tergamam akan kebutaan sendiri.
lalu berkata,
aku tak mahu pergi lagi.
gembira aku miliki hati.
setelah sedari si panji surga masih di sisi.
Comments
Post a Comment
♥ Thank you for your love. I'll get back to all of your blogs during the weekend. I promise. ♥